KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
Rang undang-undang itu telah dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Rang undang-undang tersebut adalah bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2023.
Ahmad berkata RUU berkenaan akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada pukul 4 petang Jumaat ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan. -KOSMO! ONLINE