fbpx

Titi DJ akui jalani pembedahan plastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Titi DJ berkongsi perjalanan mengembalikan keremajaan wajahnya di Korea Selatan menerusi Instagram.

PENYANYI Titi DJ mengaku baru sahaja menjalani pembedahan plastik antitua di sebuah pusat kecantikan di Korea Selatan.

Titi, 57, berkata, dia menghabiskan sejumlah wang yang besar demi kelihatan awet muda dengan risiko yang selamat.

Menurut penyanyi lagu Sang Dewi ini, dia juga menyarankan orang ramai yang mahu mengubah wajah agar tidak melakukan pembedahan plastik yang murah.

“Saya nasihatkan jika ada yang mahu jalani pembedahan seperti ini jangan buat yang murah kerana risikonya sangat besar dan bahaya,” ujarnya.

Tambah Titi, dia memilih Korea Selatan kerana negara itu mempunyai tenaga profesional dan prosedur yang betul seperti pembedahan di hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI