fbpx

’89 tahun masih kuat, boleh ronda pusat beli-belah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Fatimah Abu Bakar mendedahkan bahawa ibu tersayang, Rohani Tan Abdullah, 89, masih kuat namun ingatannya kian lemah. - INSTAGRAM.

PETALING JAYA – “Saya tahu dia (ibu saya) risau dan takut kadang-kadang ingatannya semakin lama, makin tak kuat.”

Demikian pengakuan pelakon senior, Fatimah Abu Bakar tentang keadaan ibu tersayang, Rohani Tan Abdullah, 89, yang kian lemah ingatan disebabkan faktor usia.

Disebabkan filem terbaharu lakonannya, Imaginur, Fatimah, 68, kian sedar betapa singkatnya kehidupan dan patut diraikan dengan rasa bahagia selagi punya masa.

“Mak selalu bergurau I’m always forgetting things (saya sekarang pelupa). Tapi, saya selalu menenangkannya dengan berkata, ‘tak mak, lupa bukan sebab usia, saya pun sama macam mak’.

“Bila bercakap mengenai ingatan atau memori, sekarang, dia masih ingat saya. Tapi, selepas ini, apa sahaja mengenai saya dan keluarga, kita tak tahu apa yang dia masih ingat.

“Apa yang ada sekarang, sangat bersifat sementara dan fragile (rapuh). Memori kita adalah penting macam apa dipaparkan dalam filem,” katanya ketika sidang media filem Imaginur di GSC, Starling Mall, malam tadi.

Berbangga terlibat dalam filem Imaginur arahan sutradara, Nik Amir Mustapha, Fatimah berkata, dua watak dalam filem tersebut yang dilakonkan dua pelakon veteran iaitu Mior Hashim Manap dan Datuk Rahim Razali, mengingatkannya kepada situasi yang berlaku kepada ibunya.

“Usia mak akan menginjak 89 tahun September tahun ini. Dia masih kuat. Masih boleh pergi ronda di Tropicana Gardens tempat di tinggal dan kawasan berdekatan termasuk kompleks beli-belah One Utama.

“Saya lihat perwatakan watak Mior (Mior Hashim Manap) dan Rahim (Datuk Rahim Razali), seperti perwatakan mak saya.

“Ingatkan saya pun lebih kurang macam dia. Makin lama, makin lemah. Banyak lupa benda penting. Sedih kadang tengok dia ‘struggle’ nak ingat sesuatu.” ujarnya kepada Kosmo! Online ketika dihubungi sebentar tadi.

Filem Imaginur diarahkan oleh pengarah akan ditayangkan bermula 23 Februari dan membariskan barisan pelakon hebat antaranya Beto Kusyairy, Diana Danielle, Nadiya Nisaa, Mior, Datuk Rahim Razali dan Datuk Afdlin Shauki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI