fbpx

Tiada ‘arahan pasukan’ di Suzuki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RINS tidak akan memberikan laluan mudah kepada Mir pada aksi GP Teruel esok kerana dia juga berpeluang untuk menjulang gelaran juara dunia musim ini. – AFP

ARAGON – Pelumba Suzuki Ecstar, Joan Mir menegaskan pasukan itu tidak akan menggunakan arahan pasukan (team order) untuk memberi laluan kepada­nya merangkul gelaran Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Ketika ini, Mir memimpin carta kedudukan pelumba MotoGP dengan 121 mata iaitu enam mata di hadapan Fabio Quartararo yang kini mengekori rapat di kedudukan kedua.

Melihat kepada prestasi cemerlang Suzuki musim ini, Mir menjadi pelumba pilihan yang akan dinobatkan juara musim ini sekali gus gelaran sulung buat dirinya dan pasukan itu dalam saingan MotoGP.

Mir menepis dakwaan tersebut dan yakin Suzuki tidak akan menggunakan arahan pasukan kerana rakan sepasukannya, Alex Rins juga berpeluang me­raih gelaran juara dunia tersebut.

“Rins masih mempunyai peluang untuk merangkul gelaran musim ini. Sekiranya dia (Rins) tidak mempunyai peluang, saya rasa arahan pasukan mungkin menjadi perkara baik untuk di­bincangkan.

“Tetapi, pada masa ini tidak masuk akal untuk membincangkannya kerana Rins juga melakukan kerja keras bersama pasukan dan mempamerkan aksi cukup hebat. Tidak adil untuk mengatakan kepadanya mengenai perkara itu.

“Saya fikir prinsipal pasukan, Davide Brivio akan mengatakan perkara yang sama. Saya rasa arahan pasukan tidak akan diguna pakai,” katanya.
Rins kini menduduki tangga kelapan keseluruhan dengan 85 mata dan ketinggalan 36 mata dengan Mir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI