fbpx

Datuk Azman Yusof meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Datuk Azman Yusof

PETALING JAYA – Bekas Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman Datuk Azman Yusof meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada pukul 8.20 pagi tadi.

Melalui hantaran di Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebentar tadi, Azman, 62, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di hospital berkenaan kerana serangan angin ahmar.

Jenazah Azman dibawa ke Masjid Bukit Aman untuk disolatkan sebelum dibawa pulang ke rumahnya di Taman Kuala Selangor Jaya, Kuala Selangor petang ini.

Terdahulu, satu majlis tahlil dan bacaan yasin bersama warga Bukit Aman telah diadakan di masjid tersebut dipimpin oleh Timbalan Pengarah (Bahagian Agama dan Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Ghazali Daud.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir adalah Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani bersama timbalannya, Tan Sri Razarudin Husain tengahari tadi.

Hadir sama barisan Pengarah PDRM, bekas Ketua Polis Negara Mohammed Haniff Omar dan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, pesara serta para pegawai kanan polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI