fbpx

Tiada pengumuman PM malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan membuat sebarang sidang akhbar atau pengumuman khas malam ini.

Sumber Pejabat Perdana Menteri berkata, sebarang pengumuman secara langsung akan dimaklumkan kemudian kepada media.

“Tiada siaran langsung malam ini. Macam biasa, kalau ada siaran langsung, kita akan maklum kepada media,” katanya hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdul Aziz di Kuantan petang tadi.

Perdana Menteri tiba di pintu masuk istana berkenaan pada pukul 4.40 petang.

Muhyiddin sebelum itu mempengerusikan satu mesyuarat khas selama hampir tiga jam di Bangunan Perdana Putra di sini bermula pukul 9.30 pagi sebelum berakhir kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

Sementara itu, difahamkan, Muhyiddin akan mengadakan perbincangan dengan Peguam Negara sebelum membuat apa-apa pengumuman esok. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI