fbpx

Lelaki didenda RM6,000 guna parabola, dekoder tidak diperakui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faizan Ashfaq didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas pertuduhan menggunakan set parabola dan dekoder yang tidak diperakui di rumahnya, tahun lalu. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Seorang lelaki didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menggunakan set parabola dan dekoder yang tidak diperakui di rumahnya, tahun lalu.

Faizan Ashfaq Ahmed, 47, juga berdepan hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Hukuman itu dikenakan terhadap lelaki terbabit selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Mahkamah turut memerintahkan agar kelengkapan komunikasi itu dilupuskan mengikut tatacara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan satu unit KU-Band Satellite Broadcast Antenna jenama Stargold dan seunit dekoder jenama D2H model V-5004 yang tidak diperakui oleh Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Kampung Dendang, Beruas, Manjung pada pukul 12.40 tengah hari, 28 Jun 2022.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Peraturan 16 (1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 dibaca bersama Peraturan 16 (3) Peraturan-Peraturan.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI