fbpx

The Rise Fund TPG ambil alih APU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APU menjadi institusi pembelajaran tersohor dan tumpuan pelajar dari luar negara kerana berjaya menempatkan kira-kira 13,000 pelajar dari 130 buah negara di seluruh dunia.

PETALING JAYA – The Rise Fund, yang merupakan platform pelaburan impak global milik firma pengurusan aset global, TPG, mengumumkan telah menandatangani perjanjian muktamad untuk memperoleh pegangan kawalan dalam Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik Malaysia (APU).

Pengambilalihan itu dilaksanakan bersama rakan kongsi pelabur termasuk dana tempatan iaitu Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) Malaysia, KWAP dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pelaburan itu akan distrukturkan melalui pembelian saham daripada KV Asia, sebuah dana ekuiti persendirian terkemuka yang memberi tumpuan kepada pelaburan di pasaran pertengahan di seluruh Asia Tenggara.

Ditubuhkan pada 1993, APU adalah universiti swasta dengan tumpuan unik pada teknologi, inovasi dan kreativiti, yang ­menyediakan pendidikan serta penyelidikan berkualiti tinggi, berpatutan serta diiktiraf di pe­ringkat antarabangsa untuk pelajar tempatan dan luar negara.

Melalui pendaftaran yang berkembang pesat dan kadar kebolehpasaran 100 peratus untuk graduannya, APU kini memberi khidmat kepada kira-kira 13,000 penuntut dengan kewarganegaraan pelbagai serta lebih dari 130 buah negara.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif APU, Datuk Parmjit Singh berkata, pihaknya amat bertuah untuk bekerjasama dengan KV Asia sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan teruja untuk bekerjasama dengan TPG pada masa hadapan.

“TPG mempunyai rekod ­prestasi yang terbukti dalam segmen pendidikan dan pelaburan impak sosial, kami gembira dapat bekerjasama dengan mereka bersama pelabur baharu yang lain.

“Kami melihat kewujudan peluang yang hebat untuk membawakan model pendidikan unik berfokuskan industri kami yang terbaik dalam kelasnya untuk penuntut tempatan dan seluruh dunia,” katanya dalam satu ­kenyataan kelmarin.

Sementara itu, Penasihat Kanan TPG, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz, berkata, sebagai universiti swasta berfokuskan teknologi yang pertama dan terkemuka di Malaysia, APU mempunyai kedudukan unik untuk memenuhi permintaan yang berkembang pesat.

“Dengan memanfaatkan pe­ngalaman kami melabur di sektor pendidikan dan teknologi di seluruh dunia, TPG berharap dapat bekerjasama dengan pasukan APU untuk mempercepatkan capaian visi dan pengembangannya,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI