fbpx

Kes Jana Wibawa: Dua individu didakwa di mahkamah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Dua individu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok, berhubung kes Jana Wibawa yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM yang mengesahkan perkara itu turut memaklumkan bahawa pertuduhan ke atas kedua-dua individu berkenaan akan dijalankan pukul 9 pagi.

Suruhanjaya berkenaan bagaimanapun tidak mendedahkan identiti kedua-dua individu yang akan dituduh itu.

Terdahulu, Kosmo! Online sebelum ini melaporkan bahawa SPRM akan memanggil bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan melibatkan dana Jana Wibawa.

Difahamkan ,Tengku Zafrul telah pun memberikan keterangannya bagi membantu siasatan SPRM hari ini.

Ia adalah susulan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke pejabat SPRM untuk memberikan keterangan berhubung siasatan sama sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI