fbpx

Rafizi maklumkan perancangan ekonomi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi.

PETALING JAYA – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, mempelawa orang ramai menonton siaran langsung sesi perjumpaan bulanan bersama Kementerian Ekonomi yang akan berlangsung pukul 8 pagi esok.

Menurutnya, beliau akan memaklumkan tentang perkembangan terkini dan perancangan lanjut beliau bersama Kementerian Ekonomi pada sesi berkenaan.

“Saya jemput sahabat-sahabat untuk ikuti secara langsung di platform media sosial bagi mengetahui perkembangan terkini dan perancangan lanjut saya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Rafizi memaklumkan, sesi perjumpaan bulanan bersama Kementerian Ekonomi akan diteruskan seperti biasa pada pukul 8 pagi esok di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya.

Sesi tersebut akan disiarkan secara langsung di laman Facebook beliau dan Kementerian Ekonomi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI