fbpx

Anak enggan buat pinjaman, dilabel tidak guna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang gadis sedih apabila dilabel sebagai anak tidak berguna oleh orang tuanya hanya kerana menolak membuat pinjaman bersama bapanya bagi pembelian unit kondominium.

Dilema yang dihadapi wanita berusia 24 tahun itu dimuat naik oleh pengacara dan penyampai radio, Ahmad Fedtri Yahya menerusi Twitternya.

Tangkap layar luahan gadis tersebut dimuat naik Ahmad Fedtri pada Twitter beliau, hari ini.

“Saya anak perempuan umur 24 tahun dan baru tujuh bulan kerja di Singapura dengan gaji sekitar RM6,000. Ada perancangan nak kahwin tahun depan.

“Saya nak tanya, salahkah saya sebagai anak tak nak buat pinjaman dengan ayah saya yang nak beli rumah kondominium RM550,000 untuk tiga bilik.

“Bayaran bulanan RM3,100 bahagi dua, jadi sekitar RM1,550 seorang tak termasuk bayaran bil. Saya masih belum bayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tambah lagi tiada pinjaman apa-apa,” katanya berdasarkan tangkap layar perbualan tersebut.

Bagaimanapun, gadis itu berdepan dilema selepas dilabel sebagai anak tidak berguna gara-gara menolak untuk membuat pinjaman itu.

“Saya sampai kena label anak tak guna sebab tak nak tolong ibu ayah berkenaan rumah yang dia nak itu. Tolong, saya perlukan pandangan dan pendapat,” rayunya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI