PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan angin kencang di sembilan negeri sehingga pukul 10 malam ini.
Menurutnya, ribut petir dijangka melanda seluruh negeri Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
“Hujan lebat diramal berlaku di negeri Kedah (Kubang Pasu, Sik, Baling dan Kulim) dan Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).
“Cuaca sama juga melibatkan Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Bentong), Selangor (Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) dan Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban,” katanya.
Sementara bagi Sarawak menurutnya, melibatkan sekitar Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song dan Kapit). – KOSMO! ONLINE.