fbpx

MRCB catat hasil RM3.2 bilion tahun kewangan 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu projek utama MRCB di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) merekodkan hasil sebanyak RM3.2 bilion dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM154.3 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 berbanding hasil sebanyak RM1.4 bilion dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM61.3 juta tahun sebelumnya.

Pemulihan yang kukuh dalam prestasi kewangan itu dipacu oleh normalisasi semula operasi Kumpulan selepas dua tahun terkesan akibat pandemik lalu sehingga menyebabkan hasil dan keuntungan meningkat disumbangkan oleh sektor pembinaan serta pemulihan jualan dalam sektor hartanah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MRCB hari ini, sektor pembangunan hartanah dan pelaburan mencatat pertumbuhan sebanyak  84 peratus dalam hasil kepada RM914.6 juta dan kenaikan sebanyak 15 peratus dalam keuntungan operasi kepada RM176.7 juta pada tahun 2022. 

“Penyumbang utama adalah daripada segmen pembangunan hartanah iaitu Sentral Suites dan TRIA 9 Seputeh, yang mana proses pembangunan adalah 89 peratus dan 88 peratus masing-masing.

“Bahagian tersebut menjual RM487.9 juta nilai hartanah pada tahun 2022 and memiliki jualan hartanah belum dibil adalah sebanyak RM536.5 juta pada 31 Disember 2022,” ujarnya.

Selain itu, segmen kejuruteraan, pembinaan dan persekitaran pula mencatat pertumbuhan sebanyak 147 peratus dalam hasil kepada  RM2.2 bilion yang mana ia disumbangkan oelh projek LRT3 berjumlah RM11.4 bilion LRT3 project.

“Hasil juga diperoleh daripada pakej SUKE CA2 projek pembinaan PR1MA Brickfields,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI