fbpx

Misi Harimau Malaya pertahan ranking Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad negara bakal mengharungi dua aksi persahabatan bulan depan menentang Turkmenistan dan Hong Kong.

PASUKAN Harimau Malaya ber­usaha untuk merangka strategi ampuh dalam memastikan dapat kekal berada dalam kelompok ranking 25 terbaik Asia selepas mengatur dua aksi persahabatan menentang Turkmenistan dan Hong Kong bulan depan.

Ketua jurulatih skuad negara, Kim Pan-gon percaya kedua-dua negara itu adalah pilihan terbaik memandangkan pasukan perlu mengekalkan kedudukan jika mahu elak daripada bermain pada pusingan playoff kelayakan Piala Dunia 2026 nanti.

Kata Pan-gon, pasukan negara akan menguji Turkmenistan yang dianggap salah satu pasukan yang menduduki ranking lebih baik di kedudukan 135 dunia, manakala Hong Kong pula lebih seimbang di tempat ke-146.

“Buat masa ini kita berada di ranking ke-25 negara terbaik Asia, manakala Hong Kong pula di tempat ke-26. Jika kita mahu elak daripada aksi playoff kelayakan Piala Dunia 2026, kita perlu kekalkan kedudukan tersebut.

“Justeru, kami telah mengatur dua aksi persahabatan pada bulan depan menentang Turkmenis­tan yang sememang­nya teruja untuk kembali ke Malaysia bagi menebus kekalahan pada aksi kelayakan Piala Asia 2023 tahun lalu.

“Kekuatan Hong Kong pula agak seimbang dan kali ini difahamkan mereka bersedia untuk menurunkan pasukan terbaik untuk menentang Harimau Malaya nanti,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Mengulas lanjut, pengendali import dari Korea Selatan ini turut merencanakan strategi untuk bertemu satu negara hebat dan satu negara bertaraf sederhana pada aksi persahabatan Jun depan.

“Saya percaya ini adalah strategi yang bagus kerana jika kita menang satu perlawanan dan tewas satu lagi aksi pun, ia masih dianggap bagus untuk mengekalkan ranking semasa.

“Apa yang kita lakukan pada kalendar Mac akan diteruskan pada Jun depan. Cuma, pada September nanti kita akan cuba bermain di luar negara, manakala Oktober pula kita akan anjurkan Pestabola Merdeka,” katanya.

Sebagai rekod, skuad negara telah menentang Hong Kong pada aksi persahabatan Jun tahun lalu dan berjaya merekodkan kemenangan 2-0.

Pasukan kebangsaan turut cemerlang menewaskan Turk­menis­tan pada aksi kelayakan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan layak beraksi ke saingan Piala Asia 2023 di Qatar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI