fbpx

EPL: Nilai semasa Haaland cecah RM4.7 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND meletuskan sensasi di EPL apabila berjaya meledak 26 gol dalam 23 aksi setakat ini. – AFP

MANCHESTER – Ejen kepada Erling Haaland, Rafaela Pimenta merasakan penyerang Manchester City itu sepatutnya bernilai €1 bilion (RM4.73 bilion) dalam pasaran perpindahan semasa.

Ia berdasarkan prestasi me­ngagumkan penyerang berusia 23 tahun itu apabila menggegar Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak menyertai City daripada Borussia Dortmund musim ini.

Haaland kini sudah meledak 26 gol daripada 23 aksi EPL dan 32 jaringan dalam semua kejohanan musim ini, lima gol me­ngatasi pencabar terdekatnya, Kylian Mbappe dari Paris Saint-Germain.

Sehubungan itu, Pimenta merasakan mana-mana pasukan termasuk gergasi Sepanyol, Real Madrid perlu memecahkan rekod perpindahan termahal dunia sekiranya mahu mendapatkan tandatangan Haaland selepas ini.

“Haaland bernilai €1 bilion (RM4.73 bilion). Ia bukan rekaan, tetapi saya yakin nilai ini amat tepat dengan harga semasa Haa­land.

“Mungkin orang akan mengatakan saya tak masuk akal kerana tiada kelab sanggup membayar €1 bilion. Namun, berdasarkan umur, kualiti dan perkembangannya membuktikan kenapa saya bercakap mengenai nilai itu.

“Tiada sesiapa dapat meramal apa akan berlaku pada masa depan, tetapi saya percaya ia akan berlaku,” kata Pimenta.

Pimenta kini mempunyai ramai klien yang berprofil tinggi selepas mengambil alih agensi milik Mino Raiola susulan kematian super-ejen itu tahun lalu.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI