fbpx

Remaja dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Chempedak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memulakan operasi mencari mangsa yang hilang ketika mandi di Pantai Telok Chempedak di Kuantan, hari ini.

KUANTAN – Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di pesisir Pantai Teluk Chempedak ketika beriadah bersama dua lagi rakannya, hari ini.

Bagaimanapun, dua rakan mangsa itu selamat dalam kejadian kira-kira jam 3 petang tersebut.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.04 petang.

Katanya, sepasukan enam anggota, seorang pegawai bersama jentera telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan pencarian dibuat di sekitar pantai, namun mangsa belum dijumpai.

“Komander operasi lapor mohon bantuan Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kuantan dan pasukan telah diarahkan ke lokasi kejadian,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI