fbpx

300,000 botol Starbucks vanila frappucino ditarik balik di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengumuman itu dibuat selepas beberapa kepingan kaca ditemui dalam sebilangan produk. - Kevin Dietsch/UPI

WASHINGTON – Lebih 300,000 botol air minuman Starbucks perisa vanila frappucino ditarik balik daripada pasaran Amerika Syarikat (AS) selepas beberapa serpihan kaca ditemui dalam sebilangan produk, lapor agensi berita United Press International semalam.

Menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA), minuman tersebut secara sukarela ditarik balik oleh PepsiCo. yang menghasikan minuman itu untuk Starbucks.

FDA dalam satu notis berkata, secara keseluruhan, sebanyak 25,200 bungkusan dipanggil semula dengan setiap bungkusan mengandungi 12 botol.

Agensi itu turut mengkategorikan tindakan tersebut sebagai Class II, yang digambarkan sebagai satu keadaan di mana penggunaan atau pendedahan kepada produk boleh menyebabkan kesan kesihatan yang buruk atau kebarangkalian kesan buruk kepada kesihatan mungkin berlaku pada skala terpencil.

Sementara itu, PepsiCo. dalam satu kenyataan kepada stesen penyiaran CNN berkata, minuman tersebut telah dikeluarkan dari rak-rak kedai.

“Kerjasama Kopi Amerika Utara komited dalam menyediakan kualiti tahap tinggi dalam produk-produk kami.

“Kami sentiasa bertindak dengan penuh berhati-hati apabila terdapat kebimbangan berpotensi dibangkitkan,” kata syarikat itu. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI