fbpx

Pelanggan masih berkira beli sayur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GUA MUSANG – Rata-rata penjaja kecil di daerah ini resah apabila harga sayur-sayuran ketika ini tidak menentu sehingga menjejaskan pendapatan mereka.

Seorang penjaja barangan basahm menggunakan van, Rohaizad Rashid, 55, berkata, harga runcit sayur-sayuran tidak menentu menyebabkan hasil jualan mereka merudum lebih separuh setiap hari sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, kenaikan dan penurunan harga sayur-sayuran membimbangkan penjaja yang mencari rezeki setiap hari.

“Sebagai contoh minggu lalu, harga tomato mencecah sehingga RM11 sekilogram dan terung RM8 kilogram, hari ini (semalam) ada penurunan sebanyak RM2 berbanding harga itu.

“Situasi itu menyebabkan pelanggan berkira-kira untuk membeli sehingga barang tidak habis terjual. Kami kasihan pada pelanggan, tetapi dalam masa sama peniaga kecil seperti saya pun bukan dapat untung besar,” katanya ketika ditemui di Kosmo! semalam.

Rohaizad yang sudah lebih 20 tahun menjaja berkata, ramai penjaja yang terkesan dengan harga sayuran dan barangan basah yang tidak menentu sejak pertengahan tahun lalu.

Katanya, penjaja amat terkesan dengan keadaan itu kerana pendapatan menjaja hanya sekadar cukup makan dan tidak lagi boleh membuat simpanan se­perti dahulu.

Rosmiza Rusdi, 33, pula, mendakwa, penjaja kini tersepit dengan kenaikan harga barangan yang tidak terkawal.

Katanya, keuntungan yang mereka peroleh hanya sedikit selepas terpaksa menolak kos lain termasuk minyak petrol dan modal pembelian barangan jualan.

“Pembekal memaklumkan bahawa mereka terpaksa mengikut harga pasar borong selain mengambil kira faktor cuaca sehingga tidak dapat mengawal kenaikan harga sayur-sayuran.

“Kami menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan sewajarnya kerana tidak mahu pelanggan salah faham sehingga menggelar kami peniaga dan penjaja cekik darah pelanggan,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI