fbpx

Tukang gunting tak sabar tunggu sekolah buka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Saad menggunting rambut seorang pelanggan di premis perniagaannya di Taman Ria Jaya di Sungai Petani baru-baru ini.

SUNGAI PETANI – Tukang gun­ting rambut menjadi antara individu paling penting bagi mereka yang ingin mendapatkan per­khidmatan menggunting rambut sehingga ada yang terpaksa menawarkan khidmat sehingga ke lewat malam.

Tukang gunting di Taman Ria Jaya di sini, Mohd. Saad Hamid, 60, berkata, suasana akan menjadi sibuk terutama menje­lang se­minggu atau dua minggu sebelum sesi persekolahan dibuka.

“Pada cuti persekolahan Di­sember lalu, pendapatan saya melonjak kerana ramai pelanggan terutama pelajar yang datang.

“Dalam tempoh itu, saya mengambil inisiatif dengan mendahulukan pelajar berbanding orang dewasa agar mereka dapat membuat persediaan awal sebelum ke sekolah,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Mohd. Saad, dia mengenakan bayaran perkhidmatan menggunting sebanyak RM5 untuk setiap pelajar.

“Alhamdulillah, kedai gunting saya yang terletak berdekatan taman perumahan menjadi tumpuan sejak lebih 30 tahun lalu,” ujarnya.

Menurutnya, dia juga akan membuka kedai sehingga lewat malam sekiranya masih ada permintaan dalam kalangan pelajar untuk menggunting rambut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI