fbpx

K2

Pusat konvensyen KLCC utamakan kemampanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) tersergam indah di ibu kota.

MEWUJUDKAN persekitaran yang lebih mampan sering kali menjadi fokus utama syarikat besar dan juga badan-badan bukan kerajaan bagi membolehkan manusia dapat hidup di Bumi bagi jangka masa yang panjang.

Kemampanan bermakna memenuhi keperluan generasi semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi akan datang, sambil memastikan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi, penjagaan alam sekitar dan kesejahteraan sosial.

Tahun lalu, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan rakan kongsi, Kuala Lumpur Convention Centre Business Events Alliance (KLCCBEA) yang merangkumi hotel, pusat beli-belah dan juga syarikat penerbangan telah melaksanakan sejumlah besar projek kemampanan yang memberi impak dan merentasi kesemua 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

17 SDG menampilkan 169 sasaran yang merupakan pelan tindakan mampan untuk manusia, planet, kemakmuran, keamanan dan perkongsian.

Menurut Laporan Simposium SDG KLCCBEA yang disediakan oleh URBANICE Malaysia, sebuah entiti yang ditubuhkan di bawah kerajaan, projek SDG yang sedang dijalankan oleh pusat KLCC dan rakan kongsinya memberi kesan kepada 119 atau 70 peratus daripada sasaran SDG dalam mewujudkan pembangunan bandar yang boleh didiami dan pembangunan bandar responsif iklim.

Laporan itu adalah bagi mentakrif, merangka dan membangunkan rancangan jangka panjang untuk membantu mewujudkan pusat KLCC yang mampan, sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Bandar Raya SDG Malaysia.

Matlamat utama pusat konvensyen tersebut adalah untuk menjadikan presint KLCC sebagai syurga acara perniagaan bagi penganjuran mesyuarat yang mampan, yang mana penganjur dan perwakilan boleh menginap, berjumpa atau berinteraksi dalam persekitaran yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan sosial, serta mempunyai peluang untuk meninggalkan impak positif yang berkekalan kepada negara dan rakyatnya.

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan rakan kongsi banyak menjalankan projek-projek menjurus kemampanan antaranya kempen kitar semula.

Menurut Pengurus Besar Pusat Konvensyen KLCC, John Burke, pihaknya komited untuk menyokong kemampananan jangka panjang itu.

“Dengan inisiatif dan kerjasama rakan kongsi KLCCBEA dalam mewujudkan tempat, presint dan rantaian bekalan yang mampan, kami berhasrat untuk memimpin melalui teladan dan memberi inspirasi kepada pemain industri tempatan lain untuk mengikutinya.

“Apa yang sudah kami capai setakat ini adalah sesuatu yang patut dibanggakan, namun kini fokusnya adalah untuk mengambil langkah seterusnya dalam perjalanan lestari kolektif kami,” ujarnya.

Jawatankuasa Kecil Kelestarian KLCCBEA kini memainkan peranan utama dalam mereka bentuk, menubuh dan melaksanakan sistem pekeliling atau penjanaan semula kelestarian yang menggabungkan kaedah atau amalan sumber mampan, pengurangan sisa dan kitar semula serta kempen kesedaran SDG seluruh komuniti.

Projek yang akan dimulakan pada suku pertama 2023 itu termasuk untuk mewujudkan panduan pengurangan sisa makanan amalan terbaik untuk mendidik pekerja di hotel dan tempat dalam mengurangkan sisa makanan, program pertukaran pengetahuan mengenai sumber mampan dan lain-lain penglibatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI