fbpx

Harga Nescafe ikat tepi RM5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian gambar Nescafe O ais RM5 oleh pengguna media sosial yang dimuat naik di Facebook.

PETALING JAYA – Tindakan peniaga mengenakan cas bayaran tidak “masuk akal” Nescafe O ais berharga RM5 di sebuah gerai di ibu kota undang kecam orang ramai.

Melalui satu perkongsian di media sosial Facebook komuniti setempat, seorang pengguna melahirkan rasa kecewa atas tindakan peniaga gerai makanan itu mengenakan cas pembayaran bagi sebungkus minumannya yang dilihat sangat tidak berbaloi.

Katanya, jika minum di gerai berkenaan cas dikenakan RM3.50 bagi segelas minuman namun apabila diminta untuk bungkus berlaku kenaikan sehingga RM1.50.

“Memang sekali ini sahaja la beli, tak ada yang istimewa pun sampai RM5. Dah bayar untuk minum, bila cakap bungkus kena tambah lagi RM1.50,” katanya.

Rata-rata pengguna media sosial yang menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut menyatakan harga yang dikenakan bagi sebungkus minuman oleh peniaga itu terhadap pelanggan terlalu mahal dan rata-rata gerai makanan lain juga menjual air tersebut jauh lebih murah.

“Nescafe O ais sampai RM5? Serius saya tak pernah jumpa lagi mahal macam ini. Selalu beli bungkus ada cas tambahan itu pun 20sen untuk plastik,” kata Wanie.

“Biasa kedai akan cas 50sen paling mahal pun untuk bungkus, tak tahu pula naik sampai RM1.50,” ujar Ah Seng.

“Cas apa tu? 50sen tali, 50sen plastik dan 50sen straw (penyedut minuman)? agaknya ini cas terbaru untuk selamatkan alam sekitar kot,” kata pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN