fbpx

Tiga ‘puteri’ Malaysia tawan pentas antarabangsa – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad tenis remaja wanita Bawah 14 tahun negara berjaya mendapatkan slot ke pusingan kelayakan Remaja Dunia 2023.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad tenis remaja wanita Bawah 14 tahun negara kerana mengesahkan slot ke pusingan kelayakan Remaja Dunia 2023.

Beliau menyifatkan pencapaian tersebut sebagai tiga ‘puteri’ Malaysia menawan pentas antarabangsa.

“Tahniah kepada Daniaa Daniela Abd. Hazil, Lynn Lim dan Raihan Muhammad Azhari kerana menjuarai 2023 World Junior Tennis Asia/Oceania di Colombo, Sri Lanka.

“Moga kejayaan mendorong lebih ramai bakat muda mengharumkan nama negara di pentas dunia. #MalaysiaMADANI,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, media melaporkan skuad tenis remaja wanita Bawah 14 tahun negara mengesahkan slot ke pusingan kelayakan Remaja Dunia 2023 selepas membenam cabaran Singapura pada aksi final prakelayakan Asia-Oceania ITF World Junior Team Championship.

Kejayaan kelmarin itu hadir menerusi dua pemain perseorangan iaitu Adani Raihan Muhammad Azhari dan Daania Daniella Abd Hazli sebelum dilengkapkan oleh pasangan beregu Lynn Lim Lim/ Adani Raihan Muhammad Azhari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI