fbpx

SPM 2022: 18,751 calon Terengganu duduki peperiksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon SPM bersalaman dengan Awi (tiga kanan) sebelum memulakan peperiksaan SPM di SMK datuk Haji Mohd. Said, Manir, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seramai 18,751 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menduduki peperiksaan bertulis di 176 pusat peperiksaan di Terengganu bermula hari ini sehingga 15 Mac depan.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan Terengganu, Awi Salleh berkata, calon tersebut terdiri daripada 16,891 calon biasa, 904 calon persendirian dan 564 calon Maktab Rendah Sains Mara.

Selain itu menurut beliau, 233 lagi merupakan calon sekolah menengah agama negeri, sekolah menengah agama rakyat (90) serta calon sekolah swasta pula seramai 69 orang calon.

“Seramai 114 merupakan calon berkeperluan khas iaitu pelajar kategori masalah pembelajaran, kurang upaya penglihatan, pertuturan, fizikal, pendengaran dan rabun.

“Lima calon Orang Asli juga terlibat dengan SPM 2022,” katanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Mohd. Said, Manir di sini hari ini.

Terdahulu beliau meninjau perjalanan hari pertama SPM 2022 sekolah tersebut melibatkan 108 calon.

Awi memberitahu enam lagi calon terpaksa menduduki peperiksaan di hospital kerana masalah kesihatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI