fbpx

Kematian komando Edrin kehilangan besar buat negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Edrin.

PETALING JAYA – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang komando Lans Koperal Edrin Baintim yang lemas ketika melakukan latihan selam.

Menurut beliau, kehilangan mendiang bukan sahaja amat dirasai oleh keluarga, tetapi seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ia suatu kehilangan besar buat negara.

“Semoga keluarga mendiang bersabar dan tabah menghadapi suasana sedih ini.

“Terima kasih diucapkan kepada semua pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang terlibat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan mayat anggota Tentera Darat, Edrin, 25, yang dikhuatiri lemas ditemui di Tanjung Sepat, Banting, Selangor.

Mendiang daripada Unit Skuadron Bot Kombatan Rejimen 22 Komando Kem Iskandar Mersing, Johor pada 7 Februari lalu menjalani latihan Eksesais Pari Harimau kursus juruselam di kedudukan 0.7 batu nautika Barat Daya Pulau Undan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, turut bersama mangsa adalah enam pegawai dan 37 anggota lain-lain pangkat dari Pulpak Sungai Udang, Melaka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI