fbpx

Muka wanita melecur disambar api ketika memasak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAPUR sebuah rumah di Taman Surera, Seberang Jaya terbakar petang tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang wanita warga emas melecur pada muka akibat disambar api dalam kejadian kebakaran dapur di sebuah rumah di Taman Sutera, Seberang Jaya di sini petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 6 petang dan dimaklumkan seorang wanita berusia 61 tahun telah melecur.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kebakaran yang membabitkan dapur memasak sudah dipadamkan orang awam.

“Terdapat seorang mangsa melecur pada muka akibat disambar api dan dia dibawa oleh orang awam ke hospital untuk rawatan,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Menurutnya, operasi yang dijalankan Balai Bomba dan Penyelamat Perai itu ditamatkan pukul 6.27 petang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI