fbpx

Projek LCS, kereta elektrik antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Isu projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang gagal disiapkan antara yang menjadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat, Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) meminta Menteri Pertahanan menyatakan langkah-langkah ke hadapan kementerian dalam menangani isu melibatkan LCS yang semakin meruncing.

Selain itu, Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan dasar kerajaan bagi menggalakkan penggunaan kereta elektrik (EV) serta penambahan ‘charging point’ EV di seluruh negara.

Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) pula meminta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan sejauh mana Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bertindak sebagai pengawal kepada kebebasan media terutama media elektronik.

Selain itu, beliau dijangka bertanya jika kerajaan berhasrat mengkaji semula akta berkaitan kebebasan media bagi menangani masalah pemberita tidak beretika dan jujur dalam mengeluarkan kenyataan seperti peletakan tajuk artikel yang bercanggah dengan kandungannya.

Sementara itu, Muhammad Ismi Mat Taib (PN- Parit) pula meminta Menteri Ekonomi menyatakan peranan Kementerian dalam merancakkan sektor ekonomi khususnya kepada golongan belia yang masih belum pulih dari kesan pandemik Covid- 19.

Beliau turut dijangka meminta kementerian itu menjelaskan langkah menangani kemelesetan permintaan dari pasaran buruh kepada golongan belia akibat kenaikan gaji minimum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI