fbpx

32,736 calon SPM di Perak, tiga ambil di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rahimah (dua dari kanan) berucap di hadapan murid yang menduduki peperiksaan SPM di SMK Anderson, Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Tiga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini terpaksa menduduki peperiksaan di hospital akibat masalah kesihatan.

Mereka merupakan antara 32,736 calon SPM di seluruh negeri yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu mulai hari ini sehingga 15 Mac depan.

Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pengurusan dan Perancangan Jabatan Pendidikan negeri, Rahimah Mohamed berkata, dua daripada pelajar itu dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) manakala seorang lagi dirawat di Hospital Gerik.

Katanya, ketiga-tiga pelajar berkenaan menerima rawatan akibat kes denggi, apendiks dan kanser darah.

“Tiada calon yang dikenal pasti sebagai pesakit Covid-19 di Perak setakat ini,” katanya ketika ditemui selepas bertemu calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson di sini hari ini.

Menurut beliau, daripada 32,736 calon, seramai 31,080 orang merupakan calon sekolah dan 1,656 lagi calon persendirian.

Katanya, kesemua calon tersebut menduduki peperiksaan berkenaan di 321 pusat peperiksaan di seluruh negeri dengan dikendalikan oleh 2,726 petugas peperiksaan.

“Pada peperiksaan kali ini, seramai 108 lagi pelajar merupakan Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) membabitkan calon masalah pembelajaran dan kurang upaya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI