fbpx

EPL: Manchester United hampiri puncak liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marcus Rashford telah meledak dua gol untuk membantu United menang 3-0 ke atas Leicester City hari ini.

MANCHESTER – Manchester United terus memberi tekanan buat pasukan di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas merekodkan kemenangan 3-0 ke atas Leicester City di Stadium Old Trafford sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad kendalian Erik Ten Hag itu membariskan kesebelasan terbaik dengan menyenaraikan pemain seperti Marcus Rashford, Bruno Fernandes dan Wout Weghorst dalam kesebelasan utama.

Keserasian pemain dapat dilihat sejurus wisel permulaan ditiupkan dengan United hanya memerlukan masa 25 minit untuk menjaringkan gol permulaan menerusi ledakan Rashford selepas menerima hantaran Fernandes.

Bersambung pada separuh masa kedua, Rashford bertambah garang apabila menggandakan jaringan pada minit ke-56 untuk memastikan penjaga gol Leicester, Danny Ward tewas buat kali kedua.

Gol tersebut merupakan jaringan ke-24 peribadi penyerang antarabangsa England itu dalam semua kejohanan musim ini.

Hari cemerlang United berterusan apabila pemain sayap sensasi, Jadon Sancho memastikan United melakar kemenangan dengan jaringan ketiga berselang lima minit kemudian.

Skuad The Red Devils hampir menambah gol keempat tetapi beberapa peluang keemasan yang dimiliki khususnya menerusi Sancho gagal menerjah jaring dengan keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan tersebut menyaksikan United kini kekal di kedudukan ketiga EPL dengan mengutip 49 mata, dibelakang Manchester City (52 mata) dan Arsenal (54 mata). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI