fbpx

Budak 6 tahun lemas dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat kanak-kanak 6 tahun berjaya ditemui dalam jarak 1 km dari lokasi asal. - IHSAN JBPM Selangor

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemui lemas setelah hanyut dalam sebuah longkang di kawasan perumahan di Jalan Besar, Taman Pelangi, Rawang, petang tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian tersebut pada pukul 6.19 petang.

Ujarnya, seramai 10 anggota, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah kenderaan pacuan empat roda dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang tiba di lokasi kejadian pada pukul 6.23 petang.

“Setibanya di lokasi kejadian, seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan air deras di dalam sebuah longkang di kawasan perumahan tersebut.

“Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam longkang semasa bermain dengan kawan dan adiknya selepas hujan lebat. Pihak bomba giat menjalankan pencarian di lokasi hingga ke kawasan sungai berdekatan.

“Pada pukul 7.45 malam, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Rizal Sahit melaporkan mayat mangsa akhirnya ditemui tersangkut di pokok tumbang kira-kira 1 kilometer dari tempat jatuh iaitu berhampiran Lebuh Raya Utara-Selatan dan pusat servis kenderaan Toyota,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa berjaya dibawa naik pada pukul 8.44 malam dan pihak perubatan telah mengesahkan kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia.

Ujarnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI