fbpx

5 negeri alami cuaca buruk malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan bagi lima negeri sehingga pukul 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi laman Facebooknya berkata, hujan lebat dijangka melanda negeri Selangor (Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).

Katanya, seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya juga bakal menghadapi cuaca sama.

Seterusnya, hujan lebat serta ribut petir dilaporkan berisiko sekitar Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson) manakala, Sarawak, melibatkan Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Kapit (Song).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI