fbpx

Kenal Edrin melalui baju dipakainya – Abang Mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Edrin

SHAH ALAM – Pengenalpastian mayat anggota Tentera Darat, Lans Koperal Edrin Baintim, 25, diketahui menerusi pakaian yang dipakainya ketika melakukan latihan selam di perairan Pulau Undan.

Abang mangsa, Andy, 26, dia mengetahui mengenai penemuan mayat adiknya itu kira-kira pukul 12 tengah hari tadi sebelum bergerak bersama beradiknya lain ke Hospital Banting dari Damansara, Kuala Lumpur.

Katanya, mereka sekeluarga termasuk ibu bapanya yang berada di Kampung Maliau, Tongod, Sabah reda atas ketentuan takdir.

“Berdasarkan gambar diterima, baju yang dipakai sebelum menyelam dan dijumpai sekarang (mayat), memang adik saya.

“Walaupun kami sedih sebab adik (Edrin) sudah tiada, namun bersyukur jasadnya berjaya ditemui hari ini. Kami menzahirkan penghargaan kepada mereka yang berdoa dan membantu sepanjang operasi mencari dan menyelamat tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Andy yang merupakan pekerja swasta itu memberitahu, pihak tentera akan membantu segala proses termasuk penghantaran yang dijadualkan seawal-awalnya pada esok.

Ujarnya, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya berpegang kesemua yang terjadi adalah ketentuan takdir.

“Edrin adalah anak bongsu daripada 10 beradik dengan mempunyai keperibadian tegas, berani dan sasa serta amat meminati bidang ketenteraan.

“Saya tidak salahkan mana-mana pihak sebab semuanya yang berlaku adalah takdir,” katanya.

Kosmo! pada 7 Februari lalu melaporkan seorang anggota Tentera Darat daripada Unit Skuadron Bot Kombatan Rejimen 22 Komando Kem Iskandar Mersing, Johor dikhuatiri lemas ketika sedang menjalani latihan Eksesais Pari Harimau kursus juruselam di kedudukan 0.7 batu nautika Barat Daya Pulau Undan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, turut bersama mangsa adalah enam pegawai dan 37 anggota lain-lain pangkat dari Pulpak Sungai Udang, Melaka.

Selepas 12 hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan, mayat Edrin akhirnya ditemui di Tanjung Sepat, Banting dengan perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI