fbpx

Trafik sesak di lebuh raya utama sempena cuti sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini di Plaza Tol Gombak arah barat yang menyaksikan pertambahan kenderaan berlaku.

PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan perlahan di lebuh raya utama termasuk Lebuh Raya Utara-Selatan dan Kuala Lumpur-Karak (KLK) susulan orang ramai mengambil peluang pergi bercuti dan pulang ke kampung sempena cuti sekolah yang bermula Jumaat lalu.

Kesesakan trafik di KLK dilaporkan sesak sejak pukul 6 petang tadi ekoran penambahan kenderaan di lebuh raya.

Menerusi akaun Facebook, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), pihaknya memaklumkan kenderaan bergerak perlahan sepanjang 1.4 kilometer (km) di Bentong, 7.4 km dari Lentang ke Bukit Tinggi.

“Trafik juga dilaporkan perlahan sepanjang 13km dari Tol Plaza Gombak arah barat ekoran penambahan kereta menghala ke Kuala Lumpur.

“Walau bagaimanapun, di LPT 1, trafik kelihatan lancar disepanjang lebuh raya di kedua-dua hala,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI