fbpx

Modal RM500, untung beribu sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULHUSNI menggunting rambut seorang kanak-kanak yang menjadi pelanggannya di Manjung semalam.

MANJUNG – Tukang gunting tidak perlu memiliki kedai untuk meraih pendapatan kerana khidmat dari rumah ke rumah ketika ini sudah boleh menjamin gaji lumayan hingga mencecah RM2,500 sebulan.

Zulhusni Ismail, 24, berkata, idea itu timbul selepas kerja­yanya tergendala seketika akibat Covid-19 pada 2019.

“Sebelum itu saya bekerja di Shah Alam, Selangor pada 2017 selepas mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Senireka Gaya Rambut dari Giat Mara Shah Alam.

“Tiga bulan lepas pulang ke Manjung, Covid-19 melanda dan bila Perintah Kawalan Pergerakan tamat, ada rakan minta tolong saya gunting rambut di rumah. Sejak itu, permintaan meningkat,” katanya.

Menurut Zulhusni, per­khidmatannya bermula pukul 8 pagi hingga 3 petang dan me­nerima hampir 10 pelanggan setiap hari.

Tambahnya, pe­langgan membayar antara RM5 hingga RM15 bergantung kepada lokasi dan usia.

“Saya mendapat antara RM900 hingga RM2,500 sebulan. Antara jenis potongan yang se­ring diminta ialah smart cut, low fade dan burst fade,” katanya.

Ujar Zulhusni, modal yang dia sediakan sekitar RM500 untuk membeli mesin, set sikat dan gunting selain kain dan penyepit.

“Saya tak malu kerana gunting rambut memang minat saya sejak remaja. Pelanggan tak putus-putus memandangkan bidang itu adalah penting,” katanya.

Menurut Zulhusni, minat dan keyakinan perlu seiring selain konsisten serta tidak mempedulikan cakap orang merupakan kunci kejayaannya.

“Saya juga ada membuka kedai di sekitar Batu 10, Lekir dan Seri Manjung sejak 2021,” katanya.

“Sebelum ini saya menghentikan seketika perkhidmatan gun­ting rambut di rumah pelanggan kerana ingin fokus kepada kedai, namun ia diteruskan sejak Tahun Baharu Cina,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI