fbpx

Raih RM1,500 sehari kerja potong rambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEDAI gunting rambut Koboi Babershop di Kota Bharu menerima ramai pelanggan pada setiap hari dan ia meningkat berkali ganda menjelang pembukaan semula sesi persekolahan.

PETALING JAYA – Kerjaya sebagai tukang gunting rambut yang dahulunya dipandang ala kadar kini menjadi tarikan apabila kebanyakan institusi kemahiran kerajaan atau swasta padat de­ngan

pelatih ekoran ia kini menjadi salah satu lubuk memperoleh pendapatan lumayan.

Difahamkan, tukang gunting rambut mampu memperoleh pendapatan sehingga RM1,500 sehari ketika di penghujung musim cuti sekolah.

Presiden Persatuan Penggun­ting Rambut Bumiputera Malaysia, TN Winda Mohd. Tahir berkata, hampir kesemua pusat kemahiran milik kerajaan atau swasta yang menawarkan kursus menggunting rambut sudah penuh.

Katanya, kerjaya menggun­ting rambut kini dianggap sebagai profesion kerana bukan semua orang memiliki kemahiran itu.

“Ia bukan sahaja minat, kemahiran dan teknik tetapi lebih kepada kepuasan pelanggan.

“Berdasarkan rekod kita, kebanyakan institut boleh dikatakan penuh sehingga banyak kedai atau akademi kecil menawarkan kursus secara terbuka pula kepada mereka yang berminat,” katanya kepada Kosmo!

AHMAD FATHI melayan salah seorang pelanggannya ketika ditemui di Kampung Padang Enggang, Kota Bharu baru-baru ini.

Menurut Winda, Giat Mara dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara menawarkan kursus antara enam hingga dua tahun tetapi bagi akademi, ia lebih murah dan hanya belajar dalam tempoh 14 hari bagi menampung permintaan yang tinggi.

Tambahnya, kerancakan itu te­lah mengubah persepsi terhadap kerjaya tersebut dan dalam masa sama membuka peluang kepada belia untuk menjadi usahawan.

“Ada juga tukang gunting yang mempunyai ijazah dan diploma dalam bidang lain tetapi memi­lih kerjaya itu sebagai pekerjaan hakiki kerana minat,” katanya.

Bagaimanapun, ujar Winda, tukang gunting terutamanya majikan perlu memastikan industri itu berkembang terutama dalam aspek kesihatan dan kualiti.

“Jaga prosedur operasi stan­dard kerana hama yang ada pada rambut boleh memberi kesan jangka panjang. Majikan perlu mengenal pasti tahap kesihatan tukang gunting bagi menjamin kualiti dan pastikan imej babershop dijaga,” katanya yang kini mempu­nyai 500 ahli beraftar.

Sementara itu, di Kota Bharu, pengusaha Koboi Baber Shop, Ahmad Fathi Atiqi Mat Jali, 32, berkata, dia pernah mendapat RM1,500 sehari apabila kedai­nya diserbu ketika penghujung musim cuti sekolah lalu.

“Ketika itu saya perlu gun­ting rambut lebih 100 pelanggan berbanding hanya kira-kira 40 orang sebelumnya. Memang berbaloi dan saya bersama lapan lagi pekerja tak menang tangan menggunting rambut walaupun penat,” katanya ketika ditemui di Kampung Padang Enggang.

Menurut Ahmad Fathi Atiqi, biasanya dia hanya memperoleh sekitar RM400 sehari dengan kadar bayaran yang dikenakan ialah RM10 (kanak-kanak) dan RM15 (dewasa).

Tambahnya, lapan pekerja yang dimilikinya ketika ini masih belum cukup hingga ada kalanya dia perlu bekerja lebih masa me­lebihi pukul 12 tengah malam.

Seorang pelanggan, Iskandar Zulkarnain Abdul Hakim, 15, berkata, dia memilih kedai itu kerana hanya mereka yang memehami cita rasa dan gaya poto­ngan yang dikehendakinya.

“Saya datang tiga bulan sekali agar rambut sentiasa pendek dan kemas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI