fbpx

Jangan terlibat perarakan yang boleh akibatkan ketidakharmonian – Mohd. Na’im

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perarakan sewaktu Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit 2023) yang berlangsung di Setiu, Terengganu, Jumaat lalu.

PUTRAJAYA – Umat Islam di negara ini dinasihatkan untuk tidak menyertai serta terbabit dalam perarakan yang boleh menimbulkan salah faham dan ketidakharmonian masyarakat.

Itu nasihat diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar susulan tular beberapa gambar memaparkan satu program perhimpunan pemuda Pas Terengganu yang telah menimbulkan pelbagai persepsi dan juga kegelisahan dalam masyarakat.

“Pada hemat saya, tindakan berarak dengan kaedah tersebut adalah tidak wajar dan boleh memberikan gambaran yang tidak baik kepada agama Islam dan negara.

“Adalah lebih baik penganjur menonjolkan nilai-nilai Islam yang bersifat damai, mengajak kepada perpaduan dan kesejahteraan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, semua pihak adalah bertanggungjawab untuk menyeru kepada keamanan dan keharmonian dalam masyarakat.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berpandangan perkara ini perlulah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan serta apa-apa tindakan yang berkaitan sekiranya penganjur telah menyalahi peraturan keselamatan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI