fbpx

Wakil Israel diusir dari sidang kemuncak AU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharon Bar-li (dua dari kanan) diiring keluar dari sidang Kkemuncak AU di Addis Ababa, semalam. - WALLANEWS

ADDIS ABABA, Ethiopia – Timbalan Ketua Pengarah Israel untuk Afrika, Sharon Bar-li diusir keluar dari sidang kemuncak Afrika Utara (AU) pada hari pembukaannya di Addis Ababa, Ethiopia, semalam, lapor laman berita Wion News.

Jurucakap kementerian berkenaan, Lior Hayat berkata: “Israel memandang serius insiden di mana Timbalan untuk Afrika, Duta Besar Sharon Bar-Li diusir dari dewan Kesatuan Afrika walaupun statusnya sebagai pemerhati bertauliah.”

Hayat menuduh Iran, yang merupakan musuh ketat Israel, mengatur pengusiran diplomat kanan itu daripada mesyuarat AU tersebut.

“Adalah menyedihkan melihat AU telah dijadikan ‘tebusan’ oleh sebilangan kecil negara seperti Algeria dan Afrika Selatan, didorong oleh kebencian dan dikawal oleh Iran,” katanya.

Jurucakap Presiden Afrika Selatan, Vincent Magwenya memberitahu agensi berita AFP bahawa Israel mesti membuktikan dakwaannya yang menuduh Iran dalam insiden berkenaan.

Menurut beberapa laporan, sebuah video mula tersebar di media sosial yang menunjukkan beberapa pengawal di sidang kemuncak itu mengiringi Bar-li keluar dari perhimpunan AU. 

Seorang jurucakap AU berkata, Bar-li diiring keluar dari persidangan itu kerana dia bukan individu yang sepatutnya mewakili Israel ke acara itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI