fbpx

Penduduk Taman Sungai Sireh harap situasi menang-menang isu ECRL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adzly (berdiri) ketika soal jawab bersama penduduk Taman Sungai Sireh, hari ini.

KLANG – Penduduk Taman Sungai Sireh berharap situasi menang-menang diwujudkan walaupun kerajaan negeri memberi jaminan untuk meneliti kembali laluan yang telah ditetapkan di bawah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Taman Sg.Sireh, Shapawi Hashim, sekiranya usaha penjajaran baharu gagal dilakukan pihaknya berharap satu kadar pampasan yang munasabah untuk penduduk yang terlibat diberikan.

“Kita juga berharap satu lokasi perumahan baharu diwujudkan dan setelah kita mendapat kunci rumah tersebut, baharulah kita berpindah.

“Kawasan di sini melibatkan 280 keluarga dalam kalangan orang Melayu dan 20 bukan bumiputera. Kami sebagai peneroka tanah di kawasan ini, amat berharap permintaan kami dipertimbangkan seadil-adilnya,” katanya selepas sesi pertemuan dengan peguam, Adzly Manas di Surau Muhajirin Taman Sungai Sireh hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan kerajaan negeri hanya akan membenarkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di kawasan Kampung Sungai Sireh, Sungai Delek dan Kampung Delek diteruskan setelah isu perumahan dan tanah perkuburan diselesaikan terlebih dahulu.

Dalam perkembangan sama, Adzly menegaskan beliau telah menerangkan hak-hak penduduk dalam isu pengambilan tanah di samping menjawab segala persoalan berhubung tuntutan pampasan. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI