fbpx

BamBam bahagia lihat ibu berhenti berniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAMBAM

PENYANYI kumpulan GOT7 iaitu BamBam meluahkan rasa gembira melihat ibunya berehat setelah sekian lama bekerja keras.

Dalam rancangan Stars Top Recipe At Fun-staurant, pemilik nama sebenar Kunpimook Bhuwakul itu mendedahkan mengenai kerja keras ibunya.

“Ibu saya suka memasak makanan Korea sehingga membuka beberapa cawangan restoran Korea di Thailand.

“Pada awalnya, dia hanya memiliki satu restoran dan seterusnya membuka lagi cawangan kedua serta ketiga.

“Malah, dia turut membeli kedai orang lain hingga memiliki 50 cawangan restoran sendiri,” kata BamBam.

Bagaimanapun, dia berasa lega melihat ibunya berpeluang berehat setelah menjual kesemua perniagaan dimilikinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI