fbpx

Penyeludup lari tinggal kereta bawa muatan 150 liter petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman menunjukkan kereta yang ditinggalkan suspek di Jalan Besar, Tumpat, hari ini. FOTO IHSAN KPDN KELANTAN

TUMPAT – Seorang penyeludup lari meninggalkan kereta membawa sebanyak 150 liter petrol bernilai kira-kira RM307 yang dipandunya di tepi Jalan Besar di sini, hari ini.

Kereta jenis Proton Iswara Aeroback itu ditahan kira-kira pukul 10 pagi tadi semasa anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menjalankan Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, pasukan penguat kuasa KPDN mengesan pergerakan sebuah kereta dari arah Terbok ke bandar Tumpat di sini yang membawa barangan muatan dalam keadaan mencurigakan dipercayai selepas membuat pembelian di sebuah stesen minyak.

Menurutnya, pasukan penguat kuasa mengekori kereta itu sejauh 500 meter sebelum suspek meninggalkan keretanya dan melarikan diri ke celah-celah bangunan.

“Anggota penguat kuasa cuba mengesan lelaki itu, namun suspek gagal dikesan.

“Pemeriksaan lanjut di dalam kereta itu menemui sebanyak 150 liter di dalam beberapa tong dan tangki tambahan yang telah diubah suai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azman memberitahu, kereta dan kesemua petrol itu dirampas dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Tambahnya, sebanyak 133 kes penyeludupan petrol yang bernilai RM216,000 dilaporkan berlaku di Kelantan sejak lebih sebulan lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI