fbpx

2 lelaki gaduh guna senjata tajam kerana selisih faham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Dua lelaki tercedera selepas terlibat dalam pergaduhan yang menggunakan senjata tajam di sebuah gerai makanan di kawasan Taman Medan, Petaling Jaya, tengah malam tadi.

Dalam kejadian lebih kurang pukul 12.15 tengah malam itu, pergaduhan tersebut dipercayai berpunca daripada perselisihan faham akibat daripada urusan perniagaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah menerima laporan daripada orang awam dan berjaya menahan kedua-dua suspek pada pukul 12.35 tengah malam, pada hari yang sama.

“Kedua-dua suspek berusia lingkungan 28 hingga 32 tahun telah mengalami kecederaan di bahagian tapak tangan, lengan kanan dan bahu.

“Sebilah parang dan sebilah pisau juga telah dirampas dan kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan penahanan dibenarkan selama empat hari sehingga 21 Februari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun atau dengan denda atau mana-mana dua daripada seksaan-seksaan itu.

Dalam pada itu, Mohamad Fakhrudin turut menasihati orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan sebarang perlakuan jenayah boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI