PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 turun empat sen kepada RM1.64 seliter berbanding RM1.68 bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 30 Oktober depan.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga RON97 juga turun empat sen daripada RM1.98 kepada RM1.94 seliter.
“Harga runcit diesel pula kekal pada paras RM1.74 seliter.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. -K! ONLINE