fbpx

Raihan terharu dikenali, diminati orang muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAIHAN membuktikan mereka masih ampuh sebagai kumpulan nasyid berpengaruh apabila berjaya menghimpunkan lebih 3,000 peminat pada Konsert Garis Masa Raihan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, malam tadi. Foto - AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Kumpulan nasyid popular Raihan melahirkan rasa teruja dan berterima kasih kepada para peminat yang sudah menyokong mereka sejak 27 tahun bertapak dalam industri seni tanah air.

Penghargaan tersebut dititipkan oleh kumpulan tersebut selepas menyaksikan sokongan tidak berbelah bahagi penonton pada Konsert Garis Masa Raihan yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, di sini semalam.

“Terima kasih sudah menyokong Raihan selama 27 tahun ini.

“Seronok juga melihat ada penonton yang hadir membawa anak-anak kecil ke konsert kami. Paling terharu ada golongan muda kenal dan meminati kami,” kata salah seorang anggota Raihan, Abu Bakar.

Pada acara tersebut, kumpulan yang dianggotai oleh Abu Bakar, Che Amran dan Amran Ibrahim itu mendendangkan sebanyak 21 buah lagu ketuhanan popular mereka kepada lebih 3,000 penonton yang hadir.

RAIHAN meraikan ulang tahun ke-27 penubuhan mereka bersama peminat dengan penganjuran Konsert Garis Masa Raihan.

Kesemua lagu dinyanyikan berjaya membawa penonton kembali ke zaman kegemilangan Raihan suatu ketika dahulu sehingga ada yang sebak sepanjang konsert berlangsung.

Antara lagu popular disampaikan mereka ialah Puji-Pujian, Demi Masa, Peristiwa Subuh dan Allahu.

Kemeriahan konsert memuncak apabila mereka muncul dengan lagu Sifat 20, 25 Rasul, 10 Malaikat dan Sesungguhnya.

Seperti melengkapkan persembahan, Raihan menutup konsert dengan menghadiahkan lagu Iman Mutiara yang popular sejak tahun 1996 sehingga membuatkan Stadium Malawati bergema dengan nyanyian penonton.

Sekadar info, Konsert Garis Masa Raihan diadakan sempena 27 tahun penubuhan kumpulan tersebut. Difahamkan, kali terakhir Raihan mengadakan konsert berskala besar di tanah air pada tahun 2000.

Konsert Garis Masa Raihan juga merupakan persembahan berskala mega pertama dalam negara kumpulan itu tanpa disertai bekas penyanyi utamanya iaitu Ustaz Nazrey Johani. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI