PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, Kuantan sebentar tadi.
Perjumpaan itu dipercayai susulan Mesyuarat Kabinet Khas di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pagi tadi.
Dalam mesyuarat itu Kabinet dipercayai bersetuju untuk melaksanakan ‘darurat politik’ bagi mengatasi ketidakstabilan politik negara dan sekali gus memberi fokus kepada usaha menangani penularan Covid-19. – K! ONLINE