fbpx

Wajib kursus keselamatan berkala pemandu lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puvaneaish (tiga kanan) bersama wakil agensi kerajaan yang hadir pada program itu di Pusat Konvensyen Midlands, Shah Alam.

SHAH ALAM – Kerajaan disaran mewajibkan kursus keselamatan secara berkala kepada semua pemandu lori bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya melibatkan golongan itu.

Presiden Persatuan Usahawan Logistik Semenanjung Malaysia (Pulse), Dr. S. Puvaneaish berkata, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) ketika ini menyediakan kursus itu kepada pengurus keselamatan syarikat-syarikat logistik.

Katanya, inisiatif itu perlu diperluaskan bagi memperkasakan kesedaran pemandu lori berkaitan pemanduan dan pematuhan peraturan jalan raya.

“Sebagai contoh, APAD boleh menyediakan kursus selama enam bulan sekali sebelum pemandu itu memperbaharui lesen masing-masing.

“Langkah itu mungkin dianggap lebih berkesan berbanding maklumat diberikan pengurus keselamatan syarikat mereka,” katanya selepas Sesi Dialog Bersama Agensi Kerajaan di Pusat Konvensyen Midlands di sini, malam tadi.

Jelas Puvaneaish, Pulse menerusi lebih 100 syarikat berdaftar turut bersedia menanggung kos pelaksanaan kursus itu.

“Kami akan sedia membimbing para pemandu menjadi pemandu berhemah, cuma kami tidak boleh bertanggungjawab ke atas salah laku mereka di atas jalan raya.

“Justeru, kami mahu berbincang dengan agensi kerajaan berkaitan untuk turut memberi latihan dan pensijilan kepada golongan tersebut,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya turut akan memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menyediakan satu sistem dalam talian di mana saman serta rekod pemanduan pemandu dapat di akses oleh syarikat logistik agar memudahkan mereka membuat rujukan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI