fbpx

Pelajar kejuruteraan penerbangan dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Rhu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Fahmi dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi.

LANGKAWI – Seorang pelajar jurusan kejuruteraan penerbangan dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ombak kuat ketika mandi di Pantai Tanjung Rhu di sini, semalam.

Mangsa dikenali sebagai, Muhammad Fahmi Hafizi Zulkifli, 20, dari Langgar, Alor Setar dekat sini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 7.20 malam semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dan beberapa rakan sedang berenang di Pantai Tanjung Rhu sebelum lemas.

“Mangsa cuba diselamatkan oleh rakan dan pelancong yang berada berhampiran, tetapi gagal kerana alun yang kuat,” katanya di sini, hari ini.

Pelajar lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan ombak di Pantai Tanjung Rhu, Langkawi pada petang, semalam.

Kata beliau, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilakukan 57 anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

“Operasi SAR yang diaktifkan selepas kejadian ditangguhkan pada pukul 12 tengah malam tadi (semalam) dan disambung pagi ini,” ujarnya.

Tambahnya, mangsa baru sahaja dua minggu berada di pulau peranginan ini bagi menjalani latihan praktikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI