fbpx

EPL: Arsenal bangkit tewaskan Aston Villa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Arsenal, Gabriel Martinelli (kanan) meraikan jaringan keempat ketika tewaskan Aston Villa 4-2, sebentar tadi. AFP

LONDON – Arsenal mengharungi masa kecederaan babak kedua dengan penuh gemilang apabila berjaya menghasilkan dua gol dalam tempoh lima minit untuk tewaskan Aston Villa 4-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Villa Park, sebentar tadi.

Kejayaan itu menamatkan kemarau kemenangan The Gunners selepas dipalit kekalahan kepada Everton dan Manchester City serta seri dengan Brentford dalam tiga perlawanan terakhir.

Terdahulu, kesilapan Oleksandr Zinchenko di awal permainan yang membiarkan Matty Cash merampas bola mengundang padah apabila kesempatan pada minit ke-5 itu berjaya dimanfaatkan dengan baik oleh Ollie Watkins untuk membuka jaringan buat tuan rumah.

Selang 11 minit selepas itu, kedudukkan kembali seimbang, menyaksikan Bukayo Saka meledak gol penyamaan buat Arsenal namun penguasaan yang dipamerkan The Gunners tidak menghadirkan rasa gerun buat Aston Villa apabila memperoleh gol kedua menerusi Philippe Coutinho pada minit ke-31.

Bersambung babak kedua, Arsenal kekal dengan penguasaan manakala Aston Villa yang buru kebangkitan semula selepas kecewa dalam dua aksi terakhir lebih banyak bertahan dan tertumpu kepada serangan balas setiap kali pemain lawan hilang bola.

Hasilnya, minit ke-61, Zinchenko kembali menceriakan pasukannya apabila rembatan leret dilakukannya dari luar kotak penalti gagal disekat oleh penjaga gol tuan rumah, Emiliano Martinez.

Minit ke-77, Arsenal sepatutnya mampu berada di depan sebaliknya sepakan Martin Odegaard dalam situasi terbuka serong ke sebelah kiri gawang Aston Villa.

Sikap tidak putus asa pemain Arsenal sepanjang kecederaan membuahkan hasil apabila memperoleh dua lagi gol menerusi jaringan sendiri Martinez dan Gabriel Martinelli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI