fbpx

Liga Hoki Malaysia: THT berpesta gol belasah TNB Thunderbolts 8-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain THT meraikan kejayaan membelasah TNB Thunderbolts 8-1 di Stadium MBKT, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Pasukan Hoki Terengganu (THT) berpesta gol membelasah TNB Thunderbolts 8-1 di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini sebentar tadi.

Pesta jaringan tuan rumah dimulakan menerusi jaringan padang Muhammad Marhan Jalil pada minit kelapan disusuli tolakan mudah Shello Silverius pada minit ke-13.

Ketinggalan dua gol, TNB Thunderbolts merapatkan kedudukan pada minit ke-21 hasil pukulan sudut penalti Akmal Azaman yang menewaskan penjaga gol THT, Hafizuddin Othman.

THT tidak menunggu lama untuk kembali mengganas dengan menambah jaringan melalui pukulan ‘reverse’ penyerang sensasi, Faizal Saari yang menerima umpanan Mohd. Fitri Saari dari sebelah kiri.

Pemain bintang Korea Selatan, Jang Jongyun pula membawa kedudukan 4-1 sehingga tamat separuh masa setelah menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-24.

TNB Thunderbolts semakin tertekan apabila Jonghyun meledak lagi pada minit ke-50 juga melalui pukulan sudut penalti untuk meletakkan THT selesa mendahui 5-1.

Gol keenam tuan rumah terhasil selepas gerakan solo Jonghyun berjaya disudahkan oleh Mohd. Fitri (m-57) sebelum pemain Korea Selatan itu melengkapkan hatrik pada minit ke-59.

Faizal menambah duka pasukan lawan hasil jaringan kelapan melalui gol padang pada hujung permainan sekaligus memastikan kemenangan 8-1 memihak THT.

Juara bertahan Liga Hoki Malaysia (MHL) itu mengumpul 13 mata daripada lima perlawanan untuk mencabar Maybank, manakala TNB Thunderbolts kekal di tempat keenam dengan empat mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI