fbpx

Cepatlah Nad Zainal, Ungku Ismail!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAD ZAINAL dan Ungku memilih untuk menjauhi media berhubung perkahwinan dan beberapa isu terkait wang derma semasa pelakon wanita itu terlantar di hospital.

SEJAK minggu lalu, nama Nad Zainal kerap menjadi bahan bualan ramai termasuk tindakannya menolak memberi sebarang kenyataan kerana tidak diizinkan suami, Ungku Ismail.

Ramai juga panas hati sebab sebelum ini Nad seorang artis yang sangat mudah beri respons, tiba-tiba lain pula sekarang.

Katanya akan muncul buat video siaran langsung dengan suami bagi menjelaskan semua perkara. Kecewa juga dengar sebab banyak yang rakan media hendak bertanya dan mungkin tidak terjawab.

Macam-macam spekulasi juga muncul tentang pasangan pengantin baru itu, termasuk tentang duit kutipan derma untuk Nad dan pernikahan tiba-tiba.

Harapnya Nad dan suami tidaklah ‘sidai’ orang ramai yang sehingga kini mahu penjelasan daripada mereka. Jangan bertangguh lagi ya.

DIVA: Bosan dengan cara artis layan media. Masa nak lancar produk bukan main, tapi bila dicari, punyalah liat

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI