SELAGI Sophia Albarakbah tidak bersuara tentang dakwaan mengganggu rumah tangga orang, selagi itu gosip tersebut melekat padanya.
Namun, dalam dia berdiam itu, sempat pula berkongsi foto berjanji temu menonton wayang dengan seorang lelaki dipercayai kekasihnya.
Ada juga video pendek dia tidak mengaburkan wajah jejaka tersebut. Diva pun tertanya-tanya apakah motif Sophia melakukan perkara sebegitu.
Adakah dia cuba hendak membuktikan hubungan cinta bersama teman lelaki tidak tergugat walau didakwa mengganggu suami orang?
Atau itu cara cuba menyangkal dakwaan Bella Astillah bahawa dia jatuh hati pada Aliff Aziz?
Bukan apa, lebih baik beri penjelasan dan membela diri daripada terus mencetuskan lebih banyak persoalan. Harap lebih beranilah ya.
DIVA: Drama Melayu sekarang memang suka selitkan babak intim ya? Iyalah, semakin dikecam semakin tinggi rating.