fbpx

Pasangan Thailand, Indonesia paling curang, Malaysia paling setia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thalang mempunyai penduduk yang paling ramai curang berdasarkan kaji selidik yang dilakukan aplikasi Justdating. – Foto AFP

JAKARTA – Indonesia menduduki tempat kedua selepas Thailand yang mana rakyatnya paling ramai curang terhadap pasangan mereka berdasarkan kaji selidik aplikasi Justdating, lapor portal berita Lampungpro.co hari ini.

Hasil kaji selidik itu menunjukkan bahawa 40 peratus kaum lelaki dan perempuan di Indonesia mengaku pernah curang dan mengkhianati pasangannya, manakala Thailand berada di tangga pertama dengan 50 peratus responden mengaku melakukan perbuatan tersebut.

Sementara itu, hanya 30 peratus pasangan di Taiwan dan Singapura yang mengaku curang manakala Malaysia mendapat jolokan sebagai negara paling setia.

Ini adalah kerana hanya 20 peratus responden di negara berkenaan mengaku pernah curang terhadap pasangan masing-masing, demikian menurut kaji selidik tersebut.

Kajian itu menunjukkan bahawa kaum lelaki di Indonesia menganggap perbuatan curang hanya berlaku apabila pasangan mereka keluar dengan kekasih lain.

Bagaimanapun, bagi golongan wanita di negara tersebut, mereka menganggap perbuatan tersebut berlaku jika jika pasangan mereka berinisiatif mahu berkenalan atau menghantar pesanan kepada wanita  lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI